Saturday 3 November 2012

Alpha Lipid Slim Diet II - Produk Pelansing Terbaik !

Ingin mempunyai berat badan ideal?..
Dapatkan PRODUK ALPHA LIPID SLIM DIET II sekarang !!!...
Diperbaharui dengan formula 2x ganda turun berat badan 
disamping kulit yang cantik...
Berminat?.. Sila hubungi/sms 013-5209104 (zul)..

Wednesday 5 September 2012


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Rasulullah SAW


"Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
______________________________________________

Khutbah Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.

Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.

Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda.

Tamatnya Rasulullah menyampaikan khutbah tersebut, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita... masihkah?? 

Merinduimu Ya Rasulullah SAW..

Sunday 6 March 2011

Selamat Datang ke Bertam Homestay!!!

Bertam Homestay sudah boleh disewakan... kadar sewa adalah sebanyak RM150/semalam... untuk tempahan sila hubungi/sms 013-5209104 (zul)

*Berdekatan dengan tol bertam, MRSM K. Batas, ILP, Sek. Men. Sains K. Batas, Kolej Komuniti K. Batas, MPC, Penang golf resort Kepala Batas, UITM Kepala Batas, USM (Cawangan Pergigian), Dewan Mellinium, Wisma Persekutuan Daerah Utara Pulau Pinang, ACMS, Hospital Kepala Batas, Kompleks Dato' Kailan
(5-10 minit perjalanan)

*kolej matrikulasi pulau pinang.
(15 minit perjalanan)

*uitm pmtg pauh, politeknik seberang perai.
(25 minit perjalanan)

*Sungai Petani
(20-25 minit)

*Seberang Jaya (ada carefour, tesco extra, jusco, pacific)
(15 minit)

*Bukit Mertajam
(25 minit)

*Kulim
(30 minit)

*Jambatan Pulau Pinang
(20-25 minit)

sesuai untuk tinggal berkeluarga sementara , semasa menghantar anak-anak ke pusat pengajian tinggi, kenduri, perayaan dan bercuti (MUSLIM SAHAJA)

Juga terdapat Klinik, Bank, Restoran, Farmasi, Stesen minyak, Kedai Runcit , Pasar Basah, Pondok Polis dan Taman Rekreasi dikawasan berhampiran.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN TERMASUKLAH:

* 3 bilik tidur (2 bilik tidur berhawa dingin)
* Sofa
* Peti sejuk
* Mesin Basuh
* Meja Makan
* Cerek elektrik
* Pinggan Mangkuk serta cawan
* Seterika dan papan seterika
* Tuala Mandi (terhad untuk 5 orang sahaja yang disediakan)
* Sabun Mandi (terhad untuk 5 orang sahaja yang disediakan)

Harga : RM 150/ semalam

Masa Check In : 2.00 petang
Masa Check Out : 12.00 tengahari

                                                                        No. rumah...

                                                                  Ruang Tamu...

                                                                   Bilik Utama.............

                                                           Bilik Air Bilik Utama...

                                                                     Bilik Kedua.........

                                                                            Bilik Ketiga...

                                                            Ruang Tamu.....

                                                             Mesin Basuh.....

                                                           Ruang Sidai Pakaian....

                                                                       Tandas 2...

Ruang Dapur

Pelan Lokasi ke Bertam Home Stay